Adakah anda mencari side income? Tanpa mengeluarkan modal..Klik di bawah.Gerenti beb bukan scam!!

http://www.emailcashpro.com

Saturday, March 1, 2008

Signal Percuma Forex 90% !!!!

Apa khabar semua...Ini Blog saya yang pertama dalam bahasa melayu dalam dunia forex setelah terlibat dalam forex selama setahun lebih ini.Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan seluruhnya teknik saya dan juga bertukar-tukar pendapat dengan kawan di luar sana...

Apa yang saya harapkan dalam teknik forex tersebut?
Sistem yang saya gunakan sekarang memiliki potensi mengaut keuntungan sekitar 50 hingga 80 pips atau lebih sehari bergantung pada kekuatan trend , news dan disiplin yang tinggi.Saya menggunakan Daily Chart dalam trading saya.Saya menggunakan Marketiva dan analisis menggunakan Metatrader 4 .

Mengapa trade dengan Daily Chart?
Saya percaya sepenuhnya trade dengan masa yang lebih panjang ; kerana setiap First rule of technical analysis, signalnya lebih reliable dan saya memperuntukkan masa selama 10minit setiap awal pagi dan tidak hanya berada di PC sepanjang masa.

Mungkin ada diantara kita ingin menjadi full time trader dalam forex ini , tetapi dengan menggunakan daily chart , kita tidak semestinya berada di depan PC sepanjang masa.
Saya lebih rela menghabiskan masa pergi menonton wayang dan bersama keluarga yang tercinta..:-)

Lihat contoh trade seperti di bawah:


















Ok...Gambar diatas menunjukkan trade EUR/JPY dan menggunakan Daily Chart. Jika anda meneliti carta tersebut , anda tentu sekali dapat spot untuk short (80 pips atau lebih).
Berpandukan carta diatas, anda dapat melihat AC indikator bertukar warna dan melintasi value 0.00 yang terdapat pada AC indikator tersebut.(Lihat pada arrow tersebut, cuba fahami dan perhatikan juga pada candlestick)..Fikir-fikirkanlah..

Masih tidak faham ???
Saya percaya 90% di antara anda, akan spot peluang untuk short entry berdasarkan gambarajah di atas.Jadi jika anda diantara 10% yang tidak dapat spot entry tersebut, saya syorkan anda cuba cari sistem yang lebih sesuai dengan anda dan tidak membazirkan masa anda dengan sistem di atas.

Sebab saya berkata demikian ialah, kita seharusnya trade dengan menggunakan strategi yang mudah diikuti dan dipercayai dalam trade kita nanti.Technical analysis bukanlah teknik yang sempurna 100% , tetapi saya percaya dengan kesenian ,apabila kita dapat pickup dengan signal apabila ia berlaku...Kita tidak perlu menggunakan indikator yang terlalu banyak untuk pickup sesuatu signal sehingga menserabutkan kepala ; jadi saya cuba elakkan dari menggunakan kaedah tersebut..

Indikator-indikator yang digunakan:

1.Buka Metatrader 4.(Jika tiada metatrader, boleh download percuma melalui link ini http://www.metaquotes.net/downloads
2.Buka daily chart EUR/JPY .
3.Di menu navigator---> Pilih Accelerator Oscillator.(AC)
4.Applykan stochastic dengan setting 5,3,3 diatas AC tersebut.
Anda boleh download templatenya disini.
5.Saya bangun seawal 5.30pagi dan memulakan analisis,meletakkan position ,setelah selesai, berhenti untuk solat subuh dan sambung kembali tidur..:-)

Short entry--->Red AC di bawah garisan O and Stochastic di bawah garisan O.
Long entry --->Green AC dibawah garisan O and Stochastic diatas garisan O.
Stop Loss----->Kawalan signal yang berlawanan dengan trend yang dikehendaki
dan untuk money management

Filter: --------->Applykan Simple Moving Average(SMA), dan setkan value pada 200.Jika price berada atas daripada garisan SMA200, jadi bersedia untuk pilih trade buy sahaja, tetapi jika price berada bawah daripada SMA200,jadi bersedia untuk pilih trade sell sahaja.

Money management:
1.Trade dengan 2 lot dengan Exit Stop Loss dalam 17 atau 21 pips.(Pastikan dalam nombor yang ganjil).
2.Trade 2 lot pada Exit Target 50pips dan tutup.

Pastikan anda gunakan daily chart kerana kita akan trade jika terdapat signal yang kuat dan tiada news yang keluar.

Jika anda ingin membuat back-testing, saya syorkan anda mengabaikan signal-signal dari bulan November dan Disember kerana volume yang rendah dan tidak menentu.

Apa yang saya perolehi?
Hmm..Sudah tiba masanya saya memberikan ilmu apa yang saya perolehi dari rakan-rakan saya, forum-forum yang saya sertai , dan juga kegagalan-kegagalan yang saya pelajari sebelum ini.Saya juga berharap jika ada sesiapa yang boleh memberi komen dan memberi pendapat bagi memantapkan ilmu forex kita semua..

Saya akan mula menghantar signal pada hari isnin dalam blog saya ini, supaya rakan dapat menumpukan pada trade yang untung saja.Di harap kawan-kawan dapat membuat analisis yang terperinci sebelum meletakkan sesuatu position. Start learning with virtual money and fight with your own fear...Ok berjumpa lagi.Bye

Selamat Bertrading forex..
(Pawang forex)